CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 30, 2011

aku tak cantik~



dulu aku selalu persoalkan tentang diri aku yang tak cantik. aku benci diriku yang bertubuh gempal. aku juga cemburu tengok kawan2 ada secret admire. senang sangat dapat pakwe. pakwe hensem2, pandai2.... senang je melekat kat dia orang. ada orang cakap, biar rupa tak cantik, asalkan baik ati. aku cuba jadi orang baik... sebaik-baik orang. sebab aku nak dapatkan perhatian. sebab aku nak cakap kat lelaki-lelaki kat luar sana..

"saya tak cantik. tapi saya baik. tak rugi tau kalo awak pilih saya jadi teman awak."

hehe~~

tapi rata2 tak nampak semua tu. lama kelamaan aku merasakan, tak guna jugak jadi baik. sebab jadi baik pun, bukannya ada orang nampak yang aku ni baik. orang akan highlight pada orang yang cantik je. walaupun perangai mereka belum tentu baik, tetapi orang akan bagi perhatian pada mereka. sebab mereka cantik. dan aku lagi2 cemburu bila jumpa perempuan yang cantik dan baik. adoi.. sempurnanya dia. dia cantik, dia baik. aku cuma ada sifat baik. tapi aku tak cantik. orang yang cantik tapi perangai biasa2 pun lelaki pandang gak. tapi yang baik dan kurang cantik orang tak pandang sangat pun.

masa umo aku 21 tahun, aku macam dah despret sangat nak ada teman lelaki. hahaha... gatei merenyam dah masa tu. ketika itu pada tahun 2005, aku di uitm perlis, arau. aku masih tak lupa... masa tu hari valentine. mmg la aku tak sambut. cuma... aku wat pangai 'giler' aku masa tu. aku buat kad... sendiri hiaskan, sendiri tulis.

"kehadapan jodohku, yang ku cintai. seperti kamu, aku juga teringin untuk bertemu denganmu. tetapi aku tidak tahu ke mana perginya tulang rusukku. puas aku mencari.... dan aku terlalu merinduimu. mungkin kau sebenarnya ada di hadapanku, ataupun ada di sekelilingku, ataupun kita memang terpisah jauh. aku sentiasa menyeru namamu dalam doaku. aku berharap kita segera dipertemukan. sejak kita dilahirkan... hubungan cinta yang bersemi di alam ruh itu terpisah.... dan hari-hari aku berdoa moga kita bertemu semula."

(lebih kurang la.. takdelah sebijik macam tu. aku pun ingat2 lupa).

dan sadisnya aku tampal kad tu kat dinding, meja stadi. hehe~~

tapi sbb aku rasa aku tak cantik.... aku pun ragu-ragu...entah aku ada jodoh.. entah tidak. :P

disebabkan aku tak cantik juga, sesiapa lelaki datang dalam idup aku.. aku layankan aje. entah dia tu dari mana, asal usul keturunan mana... entah dia tu orang baik ker, jahat ker... aku layan jugak. sbb aku cakap kat diri aku.. aku kena bersyukur ada orang nak aku. sbb aku tak cantik. kira baiklah ada gak orang nak.

rendahnya aku letak taraf aku.. hanya kerana aku tak cantik. orang yang bermasalah sosial tahap kritikal pun aku boleh nak wat teman dan berangan untuk menjadi isterinya. ampeh~ :P

dan sekarang aku belajar....

sebenarnya semua manusia itu cantik.

manusia yang biasa2 pun boleh jadi cantik, kalau dia nak.

aku takleh benci diri aku yang gempal ini tidak cantik. kalo aku rasa gempal ni buruk, sepatutnya aku cari jalan untuk kuruskan badan. bukannya terus membenci tanpa ada sebarang usaha dan tindakan.

dan sekarang aku bersyukur aku tak cantik.

sebab?

ada banyak kes manusia cantik bermasalah. ramai stalker, ramai peminat, ada kes bomoh... sihir.. sbb dia tu cantik. orang nak ngurat dia tak dapat.. jadi dia orang watla cara camtu.

nauzubillah min zalik~

sesungguhnya ujian Allah s.w.t hanya pada yang termampu. Dia Maha Mengetahui aku tak mampu terima tekanan menjadi orang cantik. jadi dia tak jadikan aku cantik. sebab ujian menjadi tak cantik ini yang mampu aku tanggung berbanding dengan ujian menjadi orang cantik~

(^_^)

0 comments: