CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 8, 2011

sebab dia penipu~



"kenapa dia buat macam tu kat saya?"

"sebab dia penipu."

"abistu tak rasa bersalah ker kalo dia menipu?"

"dia kan penipu?"

"saya pun pernah jugak menipu... tapi sampai satu keadaan saya rasa bersalah kalo saya tipu. tapi kenapa dia tak rasa macam tu?"

"sbb awak bukan penipu profesional macam dia."

"kenapa dia tu......."

"dah la.. awak dah tahu jawapannya. dia tu penipu."

aku sebenarnya buntu dengan kawanku seorang ni. susah sangat dia nak terima hakikat bahawa dalam dunia ini wujud segolongan manusia yang sudahlah sesat, kemudian kerjanya menyesatkan orang lain. dan kalo kita bergaul dengan manusia ini.. kita akan tersesat jauh daripada landasan Allah s.w.t. dia masih lagi berusaha untuk memahami, membantu dan menjadikan mereka manusia yang berguna.

"kalau kita tak buat semua ni.. siapa yang nak buat lina?"

"dah la.. buat apa nak menolong orang yang menjahanamkan kita balik? mmg kita nak tolong dia.. tapi kita pun bukannya superhero. camner nak tolong dia jadi lagi baik sedangkan dalam diam.. dia tikam kita dari belakang?" aku cuba membalas hujahnya.

tapi keterbatasan aku.. aku dah tak mampu nak halang kedegilan dia. masih berterusan berhubungan dengan manusia penipu tu. aku dah takleh nak handle dia... dan aku mohon nak putuskan persahabatan kami. dia marah2, dan dia cakap aku sombong, aku jadikan dia mangsa keadaan. dia tuduh aku yang ada isu dengan manusia penipu tu.. tetapi kenapa perlu hukum dia dengan memutuskan persahabatan kami.

jawapan aku mudah..

"kalo nak kawan dengan penipu tu.. saya tak mo jadi kawan awak lagi. sebab saya dah tak mampu nak dengar penipuan, pengkhianatan yang dia buat pada awak. saya tak marah dia.. sbb saya tahu dia penipu. tapi saya marah awak.. sbb awak mengizinkan dia buat camtu pada awak."

tapi dia tak faham2 lagi.

entah apa la dia tuduh2 aku pasni..

kadang2 merasakan diri seorang looser, apabila tak mampu nak bantu kawan sendiri. tapi aku sedar, hidayah adalah kuasa Allah s.w.t. aku hanya sebagai pengantara. kalo dia dah tak mo berubah.. apa daya aku lagi? aku cuma berdoa dari jauh je. tapi serius aku dah benam dalam laut dalam pun dia tu. malas nak ambik tahu. hahaha.. kejam giler tak? aku mmg suka 'bunuh' kawan2 aku. sbb tu aku lebih selesa bersahabat dalam komuniti manusia yang sedikit sahaja. kalo ada yang rasanya macam sengal2 ubi kayu.. mintak maap la. kaunselor pun kalo dah takleh handle kes klien.. akan rujukkan pada orang lain yang lebih matang. apatah lagi aku seorang sahabat yang naif dan dangkal dari segi pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang kehidupan.

aritu aku intai fb dia jap. dan aku dapat tahu daripada status fb dia.. dia pun intai fb aku sebelum tu. hmm.. pape la. aku tengok dia dah hepi hidup dgn kawan dia yang selalu tipu dia tu. aku harap dia kuat la menerima sebarang kemungkinan yang berlaku. aku susah nak percaya penipu macam tu boleh insaf dalam masa yang terdekat ni. penipu, pemfitnah dan pengkhianat ni adalah ciri2 manusia munafik.. dan sangat berbahaya dalam hidup masyarakat. sbb tu la manusia camni kalo dapat disabitkan kesalahan... dalam zaman para sahabat mmg kena hukum bunuh je. mmg sangat bahaya. pape pun.. aku sentiasa mendoakan dia dan kawannya mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah s.w.t. aku pun tak suka orang yang pernah jadi kawan aku hanyut dalam fatamorgana dunia yang fana ini.

penipu.... penipu... ada masanya aku tergelak sendirian apabila mengingatkan teori2 mengenai perilaku devian manusia yang aku pelajari sem lepas. sebenarnya, ada sesetengah manusia dilahirkan mempunyai kecenderungan untuk melakukan kejahatan, dan berasa bangga serta teruja dengan kejahatan itu. langsung tidak mempunyai riak menyesal dan bersalah.. kerana sistem fisiologinya begitu. masalah genetik, hormon dan macam2 perkara dalam badannya menyebabkan dia sukar nak berubah. dan aku percaya... si penipu itu ada masalah fisiologi dan genetik.. menyebabkan dia jadi macam tu. namun aku tetap berdoa si penipu itu berubah sebelum sampai ajal menjemputnya......

0 comments: