CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 24, 2011

kalau dia takde.......



"kalau saya takde dalam hidup awak, agak2 awak dengan siapa ye sekarang?"

"entahlah.... mungkin saya masih celaru."

"celaru? kenapa?"

"sebab masa awak tak datang lagi, saya mmg ada minat kat beberapa orang. pernah cakap ada hati kat dia orang, tapi mereka tak nak kat saya. yela.... saya pun dah selalu kena rejek. siapa jelah nak kat saya."

"jangan cakap camtu. saya kan nak kat awak?"

ayat kat hujung tu buat aku nak tergelak terguling2. padahal masa awal tu dia dah tanya, kalo dia takde... dengan siapa aku bersama sekarang? aku pun tak tau. aku bukannya diva... ramai peminat. aku pun jenis tak mesra sangat dengan ramai orang. aku banyak cakap hanya pada orang yang aku rapat. aku peramah pada orang yang aku kenal. aku suka mengusik kawan2 rapat aku. tapi sebelum tu.. nak jadi rapat dgn aku... mmg agak lama jugak. kecuali kalo terlibat dgn aktiviti, program.. tu cepatlah sikit. kalau lain? hahahaha.... berjanggut la menunggu~

aku tahu, aku mempunyai keyakinan diri yang rendah. selalu merasakan aku seorang looser, yang tak berguna dan takde apa2 manfaat pun pada orang lain. kes frust bercinta ni berlambak sangat sampai ke tahap rasa nak cakap kat diri sendiri.....

"takde lelaki pun tak mati."

ayat nak sedapkan ati. hehe. tipulah kalo rasa tak sedih. memang la sedih. dah all out, dah banyak beralah... pun tak kena jugak. kadang2 terasa diri ni bernasib malang ker? semua tak kena. tapi kalo pikir camtu dah berdosa pulak. seolah-olah menyalahkan Allah s.w.t.

sekarang aku tengah pikir, kalo dia takde... apa yang mungkin berlaku pada aku?

1. masih melayan pelangi-pelangi petang aku. sabar dengan karenah mereka. aku tahu aku cuma persinggahan sbb mereka takde awek yang nak layan dia orang. dan dalam bersama mengharapkan mereka nampak kelebihan aku dan terbukak pintu ati nak jadi teman aku.

2. bergaduh dalam room YM sbb bosan tak tau nak wat pape.

3. update blog dengan cerpen2 sbb rasa tensi dengan suasana hidup.

4. banyak menghabiskan masa main game kat fb (sebab bosan).

5. layan status2 dan komen2 orang sambil bagi nasihat, kongsi pendapat dan sebagainya.... untuk menyedapkan ati sendiri. kadang2 bila kita nasihat orang, baru perasan.. "apsal la aku tak pikir atau buat camni?" hehe~

ah! wat pe nak pikir kalo dia takde..

dia sekarang kan dah ada....

weee~~~

(^_^)V

0 comments: