CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 24, 2012

noktah pertemuan


karya: salju putih
tempat: teluk intan
tarikh: 25/1/2012
masa: 3:31 pm

Arham duduk, memerhatikan dari jauh. seorang wanita berbaju kurung dan berkain batik, membawa anak patung ke hulu dan ke hilir. mulutnya tidak berhenti-henti mengomel. entah apa yang dibicarakan kepada anak patung itu. tiba-tiba sahaja dia mencampakkan anak patung itu ke bawah lalu memijaknya.

"padan muka! padan muka! buat nakal lagi dengan ibu. kamu dengan ayah kamu sama saja. suka sakitkan hati ibu kan?" jerit wanita tersebut.

dengan pantas Arham cuba mendapatkan wanita tersebut.

"Anisa...." Arham bersuara.

"awak buat apa? awak memang suka sakitkan hati saya kan? ambiklah anak awak. saya tak nak. saya tak nak anak, saya tak nak duit, saya tak nak apa-apa pun dari awak. awak pergi!" jerit wanita itu lagi. ternyata dia mempunyai nama yang manis, Anisa.

Anak patung yang dipegangnya itu dicampakkan kepada Arham. tiba-tiba dia menangis kuat dan menjerit-jerit. dia menggulingkan badannya ke lantai. Arham terus bergerak ke arahnya dan memeluknya dengan sekuat hatinya.

"sayang abang tak?" Arham bertanya. Anisa menolak-nolak tubuh Arham dan memintanya dia pergi. raungan tangisnya itu masih lagi tidak reda.

"Anisa, abang tanya ni. sayang abang tak?" sambil memeluk tubuh Anisa, Arham berkali-kali mencium ubun-ubunnya. hatinya pedih melihat keadaan Anisa sebegitu rupa. air matanya tumpah, namun nasi telah menjadi bubur.

"awak janganlah pergi lagi." suara Anisa semakin lemah. tangisannya semakin reda.

"tak, abang ada di sini dengan Anisa." balas Arham. dia memegang tangan Anisa. tangannya sejuk dan basah dengan peluh. Arham meletakkan tangan Anisa di pipinya dan merenung wajah Anisa dengan penuh kasih sayang.

"ha..... ada dengar bunyi bayi menangis tak?" tiba-tiba Anisa bersuara. Arham tersenyum.

"shh... ye la. ada dengar suara bayi menangis. eh... anak kita mana?" soal Arham.

"ala.... lupa. tadi saya letak dalam buaian." Anisa terus melepaskan pegangan Arham dan berlari menuju ke arah buaian.

"takde la...... mana Izzah, anak ibu?" Anisa bersuara lagi. Arham berjalan ke arah Anisa dan memberikan anak patung yang telah dicampakkan kepadanya sebelum ini.

"Ibu!" Arham memegang anak patung tersebut dan menunjukkannya kepada Anisa.

"Izzah!" Anisa segera mengambil anak patung tersebut. Dia terus menyelak bajunya, seperti ingin menyusukan anak patung tersebut. ternyata Anisa menganggap anak patung itu seperti bayinya sendiri.

"Eh, kenapa awak kat sini? awak pergi sana! jangan tengok saya. saya malu." berkali-kali Anisa memukul tubuh Arham. Arham mengucup pipi Anisa.

"pegila! saya malu." Anisa menolak tubuh Arham. Arham ketawa dengan telatah Anisa.

dia segera berjalan meninggalkan Anisa dengan anak patungnya. kedengaran Anisa mengomel sendirian. Arham mengambil sapu tangan di dalam poketnya, mengelap sisa air mata yang tumpah kerana melihat perlakuan Anisa sebentar tadi.

"abang sayangkan Anisa. abang sayang sangat-sangat." bisik Arham. Arham berjalan ke arah kerusi tempat duduknya sebentar tadi. dia mengambil i-pad yang terletak di situ. tanganya membuka layar skrin, dan mencari koleksi fail yang bertajuk

DIARI AKU - jangan buka. kalau buka, kena penumbuk.

ah! tajuknya memang kelakar. sama seperti Anisa.

***********************************************

aku dilamar? biar betul?


"awak kena tolong saya. tolongla... saya sanggup bagi berapa je yang awak nak." Mata Arham tepat memandang wajahku.

"eh... bukan soal duit ni. masalahnya perkahwinan bukan perkara main-main." Jawabku. Aku tetap tegas dengan pendirianku. Mana mungkin soal perkahwinan itu dibuat permainan sebegitu? Perkahwinan merupakan ikatan suci dua hati manusia dan merupakan ibadah untuk mendekatiNya.

"ye... saya tahu. tapi..." Arham masih lagi cuba memujukku. namun kata-katanya sedikit pun tidak masuk ke dalam hatiku. Aku lihat wajahnya semakin sugul. Arham kelihatan terlalu sedih. tetapi sedikit pun tiada rasa simpati terbit dalam diri.

"maaf, saya tak boleh tolong awak." Aku terus tegas, menolak permintaan Arham.

"awak kena jugak tolong saya. awak mesti tolong saya." Arham terus memujuk dan merayu aku. Bola matanya kelihatan bersinar-sinar, seolah-olah terdapat air mata yang cuma ditahannya.

"atas alasan apa saya perlu tolong awak? takkanlah semata-mata awak tidak mahu menerima pilihan ibu bapa awak, awak nak paksa saya bernikah dengan awak?" suaraku semakin meninggi. terasa sangat marah dengan perlakuan aneh Arham.

"kalau awak tak mahu tolong saya, saya pecat awak."

"eh???" Aku terkejut mendengar kata-kata tersebut. tidak pernah Arham menggunakan kuasanya untuk mendapatkan apa yang diinginkannya.

Aku terdiam untuk beberapa ketika. sangat terkejut dengan tindakan Arham. atas dasar apa dia bertindak sebegitu rupa? aku pun tidak tahu. tapi nampak benar dia berada di dalam masalah yang sangat besar. walaupun aku baru sahaja bekerja beberapa bulan di syarikat tersebut, aku faham benar dengan peribadi Arham. dia seorang yang sederhana, tidak pernah mendabik dada, apatah lagi menunjuk-nunjuk dengan apa yang dimilikinya. jarang sekali dia menggunakan kuasanya untuk memaksa mana-mana pekerja mengikut arahannya. tapi kali ini dia benar-benar dilanda masalah besar.

"awak.." aku mula mengatur bicara. aku cuba merenung wajah Arham yang semakin sugul. buat pertama kalinya aku mampu bertentang mata dengan majikanku.

"ye saya." balasnya. wajahnya masih mengharapkan jawapan positif dari aku.

"kalau saya mengandung nanti macam mana?" soalku.

"awak, boleh tak awak jangan fikir benda yang terlalu kehadapan sangat? sekarang awak mesti tolong saya. kalau ada pape berlaku tu, kita fikir yang lain. awak.. tolonglah. saya perlukan bantuan awak." rayunya lagi. suaranya semakin sayu.

aku menggagahkan diriku untuk merenung wajahnya lagi. teringin saja tanganku membelai pipinya. tapi apakan daya, kami masih belum ada ikatan yang sah lagi. mungkin kerana tidak sampai hati melihatnya sebegitu. aku cuba untuk senyum. dan kemudiannya aku menganggukkan kepalaku.

"betul ni?" Arham membeliakkan matanya.

aku masih lagi mengukir senyumanku kepadanya.

"alhamdulillah." Arham memanjatkan kesyukuran pada Illahi apabila menerima jawapanku.

****************************

aku dah agak, mesti ada rancangan terbaik punya~

"menung apa tu?" kedengaran suara Arham menyapaku dari belakang. serentak dengan itu, pinggan yang aku pegang terjatuh ke atas lantai.

"ya Allah, mujur bukan pinggan kaca. marah kat saya yer?" Arham menyambung. bahasanya sinis. tubuhku terus menggeletar. risau dimarahinya.

aku segera mengambil pinggan tersebut lalu membeleknya. mujur tiada retak ataupun sumbing pada pinggan tersebut. mukaku pucat lesi kerana ketakutan. aku segera membasuh baki pinggan-mangkuk yang ada dalam sinki. tubuhku masih lagi menggeletar ketakutan.

"Anisa..." Arham menegurku. aku meletakkan pinggan yang masih belum habis dibasuh ke singki. aku memalingkan mukaku ke arahnya.

"ye saya." balasku.

"lepas basuh pinggan tu, datang ke ruang tamu ye? saya nak cakap dengan awak sekejap." Arham merenung tepat ke wajahku. aku yang masih terkejut tadi membalasnya dengan menganggukkan kepalaku.

aku segera menghabiskan urusan yang belum selesai di dapur. di kepalaku bermain dengan persoalan demi persoalan. apa pula yang ingin diberitahu oleh Arham? adakah dia marah kerana pinggan tadi? ataupun perkara-perkara lain? entahlah. badanku masih lagi menggigil takut. seolah-olah terserempak dengan makhluk halus gayanya. Arham sangat menakutkan aku, walaupun dia tak pernah berkata dengan kasar, apatah lagi cuba untuk menyakiti tubuhku. dia seorang yang sangat sabar dan tenang. mungkin kerana dia terlalu tegas, maka itu yang aku sering takutkan.

aku melihat kelibatnya di ruang tamu sedang membaca suratkhabar. aku mengatur langkah dengan berhati-hati. dadaku masih berdebar kerana peristiwa tadi. takutnya bukan kepalang. entah apa yang aku takutkan dengan Arham. memang sejak bekerja dengannya, sehinggalah aku sudah sah menjadi isterinya, masih lagi aku takut dengan Arham.

"Anisa." Arham memanggil namaku.

"ye saya." balasku.

"duduk di sini sekejap." pintanya.

aku hanya menuruti permintaan Arham. aku duduk di kerusi sofa, bersebelahan dengan kerusinya. mataku melihat ke lantai. tak ubah seperti anak yang sedang menanti hukuman daripada bapanya. sedikitpun aku tidak menjeling ke arah Arham.

"awak tengok apa?" soalnya. mungkin kehairanan melihat telatahku.

"takde apa-apa." jawabku sambil menggeleng-gelengkan kepalaku. mataku masih lagi memandang lantai.

"Anisa, saya bercakap dengan awak kan?" Arham menyoalku. aku menganggukkan kepalaku.

"kenapa tengok lantai?" sambungnya lagi. ah, sudah! kenal benar dengan telatah Arham. kalau dah begitu soalannya, sudah tentu amarahnya kini hampir merajai separuh badannya.

"takde apa-apa." aku mengulangi jawapanku sebelum ini.

perlahan-lahan aku cuba mengangkat wajahku, untuk melihat Arham. bekas majikanku yang kini telah menjadi suamiku. Arham memakai baju T berwarna putih dan berseluar track berwarna hitam. hanya sekilas aku memandang wajahnya, dan kemudian mataku itu ku alihkan ke tempat lain. memang sejak dari dulu lagi aku tak sanggup melihat wajah Arham. cuma ketika dia memujuk aku untuk menerima lamarannya aku berani bertentang mata dengannya.

"kita dah nikah berapa lama ye?" soal Arham tiba-tiba.

aku kembali tunduk. aku gerakkan jari-jemariku untuk mengira berapa lama ketikanya kami telah bernikah. rasa macam semalam saja. tapi.. hakikatnya...

"dah sebulan lebih. erm.. lebih tepat, 45 hari." balasku.

"tapi kita tak macam dah sebulan bernikah kan?" Arham menyoalku lagi.

"entahlah." aku segera menjawabnya.

aku pun tidak sedar yang kami telah bernikah, membuat majlis, memakai pakaian pengantin, bergambar. tapi jiwa perkahwinan ini kosong. kami macam orang asing. sejak hari pertama nikah, Arham tidak pernah tidur sekatil denganku. dia segera mengambil bantal dan tido di atas lantai. aku terkedu melihat perilakunya pada ketika itu, tetapi aku tidak mahu berbicara panjang dengannya tentang itu. aku sedar, lamarannya kepadaku juga bersebab. bukan kerana dia benar-benar ingin memperisterikan aku. aku hanya membatukan diri, mengunci mulut daripada bertanya soalan demi soalan kepada Arham. aku tidak mahu menambahkan kekusutan yang dia alami. cukup-cukuplah dengan apa yang dia sedang hadapi ketika ini.

"awak bahagia dengan saya?" soalnya lagi.

soalan yang tak mampu aku jawab. aku hanya mendiamkan diri sahaja. segala-galanya mula bermain di dalam pemikiranku. berputar kembali soalan demi soalan yang ingin aku tanyakan kepadanya. tetapi satu perkataan pun tidak terpacul di bibirku. aku masih mendiamkan diri. wajahku hanya memandang ke lantai, dan terus menyepi daripada mengungkapkan jawapan.

"Anisa..." tegur Arham.

"ye saya." balasku.

"dengar tak?" soalnya lagi.

"dengar." jawabku pendek.

"kenapa tak jawab?" bertalu-talu soalan daripada Arham.

aduh! soalan yang lebih menyakitkan kepalaku daripada menjawab soalan esei di dewan peperiksaan semasa mengambil ijazah sarjana muda dahulu. Ia juga lebih sukar daripada soalan temuduga semasa ingin bekerja di syarikat milik keluarga Arham, walaupun soalan ini daripada orang yang sama.

"Anisa, saya tanya awak ni." sambungnya lagi.

"ye, saya tahu." balasku.

"soalan saya tak laku yer?" soalnya lagi.

ah! apa lagi yang dia nak tahu tentang hati aku? dia ada hati ke? sudahlah melamarku tergesa-gesa. kemudian dingin dengan aku. aku sendiri malu hendak bertanya apa-apa kepadanya. di hadapan orang lain, kami cuba berbual mesra. namun sesekali ada juga usikan nakal daripada ahli keluarga yang lain. mungkin kerana mereka melihat telatah kami berdua yang masih malu-malu untuk berbicara. masakan kami mampu berlakon dalam tempoh masa yang lama?

"saya tak tahu nak menjawabnya." jawabku.

"kenapa tak tahu?" sekali lagi dia menyoal.

jujur aku katakan, aku benci apabila dia mendesakku dengan soalan demi soalan. pening kepalaku ingin memikirkan jawapan. jika aku menjawab sekalipun, dia akan terus bertanya selagi dia tidak berpuas hati dengan jawapanku. dan apabila aku menerangkan panjang lebar, belum tentu dia menerima butir bicara aku. dia akan lebih banyak mempersoalkan lagi. mungkin sebenarnya dia bukan ingin bertanya, tetapi ia lebih merupakan helah bela dirinya, bagi mengelakkan dia kelihatan sangat emosi dan terlalu marah pada aku.

aku menggelengkan kepalaku lagi. aku terasa lelah dengan semua ini. dilamar dalam keadaan tergesa-gesa, kemudian suamiku sendiri tersangat dingin sejak hari pertama perkahwinan sehingga kini. aku keliru, takut, marah dan emosiku tidak tenang sama sekali. aku bahagiakah? entahlah. aku pun tidak tahu.

aku cuma mengingati kembali detik pertama aku bertemu dengan Arham. sudah tentulah semasa ditemuduganya. pada ketika itu aku agak gugup. sudahlah gugup kerana ditemuduga, sekali bila aku memandang panel penemuduga, aku terkejut apabila melihat Arham. seorang yang sangat tampan, sehingga membuatkan tubuhku menggeletar kuat. dengan tubuh badannya yang tinggi dan tegap, tidak ada bezanya dengan pelakon-pelakon filem mahupun televisyen. beberapa kali aku tergagap-gagap ingin menjawab soalan. Arham hanya tersenyum melihat telatahku. aku mengalihkan pandangan mataku ke tempat lain. dalam hatiku menyumpah seranah diriku sendiri.

"memang pasti aku tak akan dapat kerja ni." bisik hatiku berkali-kali ketika itu.

"Anisa.." suara Arham membantutkan imaginasi aku.

"ye saya." jawabku.

"dari tadi saya tunggu jawapan awak." sambungnya lagi.

"saya tak tahu saya bahagia ataupun tidak." aku menjawab.

"kenapa tak tahu?" sesi soal siasat bermula.

"saya tak tahu saya bahagia ataupun tidak dengan awak. jujur saya katakan, sejak saya mula berjumpa dengan awak, saya suka dengan karekter awak, personaliti awak. saya pun selesa kerja dengan awak. lama-kelamaan, saya jadi rindu dengan awak. rindu nak dengar suara awak, rindu nak bercakap dengan awak. rindu sangat-sangat. saya pun rindu nak pandang muka awak, walaupun pada hakikatnya saya tak pernah mampu pun nak pandang muka awak. saya selalu tengok awak dari jauh je. tapi bila awak datang dekat, saya gugup. saya tak tahu kenapa. tapi itu yang saya rasa." jawabku. kata-kataku terhenti. nafasku seolah-olah tersekat. aku cuba menarik nafas untuk menenangkan diriku.

"lepas tu?" Arham cuba mendengar jawapanku. matanya tepat memandang wajahku, tetapi aku masih lagi tunduk ke lantai.

"masa awak melamar saya, saya terkejut. saya tak sangka awak nak melamar saya. saya merasakan saya adalah manusia yang paling gembira dan bahagia ketika mendengarnya. saya tak sangka orang yang saya rindu, akan melamar saya sebegitu. tetapi, awak sekadar hendak menjadikan saya sebagai alat untuk awak melarikan diri daripada masalah awak. perasaan gembira dan bahagia itu bertukar menjadi marah, dan semakin sakit sehingga parah. seolah-olah satu perasaan dendam yang tak terluahkan." kata-kataku terhenti. air mataku mulai bergenang di kelopak mataku.

"jadi awak tak bahagia?" soalnya lagi.

"maaf, saya tak tahu. saya rindu awak. tetapi saya marah dengan perkahwinan yang sebegini." aku ringkaskan jawapanku.

"awak..." Arham memanggilku.

"ye saya." balasku.

"insya Allah kesakitan awak akan berakhir juga nanti." balasnya.

"maksud awak?" aku cuba mendapatkan jawapan daripada Arham.

Arham mengambil sepucuk sampul surat di belakangnya. dia sengaja menyembunyikan sampul surat itu daripada pandanganku tadi. aku mengambil sampul surat itu dengan penuh tanda tanya.

"boleh tak awak bantu saya buat kali terkahir?" Arham bertanya kepadaku, dan tidak cuba menjawab pun soalan yang aku lontarkan kepadanya. pandangan matanya sungguh sayu ketika itu.

"apa dia?" aku bertanya lagi.

"bukalah." Arham memintaku membuka sampul surat itu.

ya Allah!

borang keizinan untuk berpoligami.

"awak, lepas awak tolong saya kali ini, saya akan tunaikan apa saja permintaan awak." rayunya.

"betul?" soalku.

"ya.. betul." balasnya.

"saya ada satu permintaan, tetapi saya rahsiakan permintaan itu dulu." aku cuba mengenakan syarat kepada Arham.

"kenapa?" soal Arham.

"kalau awak nak saya tolong awak, awak tak boleh tahu permintaan itu terlebih dahulu. selepas awak tunaikan baru saya beritau pada awak." aku cuba menjelaskan kepadanya.

"kenapa?" Arham tidak berpuas hati dengan peneranganku.

"Arham, saya rasa kata-kata saya tadi sudah jelas." aku cuba bertegas.

"Saya berhak tahu, sebab saya yang akan menunaikan permintaan itu nanti." balasnya.

"ok, kalau awak nak tahu sangat. saya nak anak. nak anak dari awak." jawabku.

"anak?" Arham seolah-olah terkejut dengan permintaanku.

"saya cuma nak anak. itu sahaja. saya tak minta lebih." aku cuba menyatakan hasrat hatiku.

"boleh, tapi selepas saya bernikah dengan dia dulu. boleh tak?" balas Arham.

"boleh." jawabku pendek.

terasa nafasku semakin sesak ketika ini. entah apa lagi yang Arham ingin buat untuk menyeksa batinku.

************************************

permintaan terakhir

Arham pulang ke rumah hari ini. urusan akad nikahnya dengan Shariza telah lama selesai. mereka pun sudah bersama selama seminggu. aku tidak mahu ambil pusing tentang perkara itu. yang berlalu, sudah berlalu. cuma aku sedikit takut dan bingung. aku tahu Arham pulang kerana ingin menunaikan permintaan aku yang dulu. makan malam tadi aku tidak berbicara banyak dengan Arham. perasaan dalam hatiku bercampur-baur. aku tidak tahu apa yang perlu aku katakan kepada Arham ketika ini. Selepas makan, aku segera mengemas dapur dan kemudian berjalan ke dalam bilik. sepatah kata pun tidak aku keluarkan. gementar barangkali, atau mungkin benci?

aku merebahkan diri ke atas katil dan cuba memejamkan mataku yang masih belum mengantuk lagi. aku memeluk bantal tidurku sekuat-kuatnya. tidak lama selepas itu aku terdengar pintu bilikku dibuka. aku memeluk bantal dan memejamkan mata.

"awak dah tidur?" soal Arham. aku masih mendiamkan diri.

"awak...." tegur Arham lagi. tidak lama selepas itu, aku merasakan tangan Arham menyentuh bahuku.

aku segera menepis, dan duduk berhadapan dengannya. aku melihat wajah Arham.

"awak marah?" tegur Arham.

"takla." balasku.

"saya minta maaf." Arham tiba-tiba mengungkapkan perkataan maaf. tiba2 aku rasa perkataan itu sangat kelakar. atas dasar apa dia perlu memohon maaf kepadaku?

"dah la. benda dah jadi." jawabku.

"jadi permintaan awak..."

kata-kata daripada Arham menyebabkan aku tergamam. entah kenapa memoriku 3 tahun lepas berputar ligat. air mataku tidak tertahan. semakin lama, semakin banyak merembes keluar daripada mataku.

"awak, kenapa ni?" Arham menyoalku. aku tak mampu berbicara apa-apa lagi ketika itu. hanya sedu sedan sahaja yang mengiringiku.

"awak, saya minta maaf. saya tahu, saya bukan suami yang bertanggungjawab. saya tahu saya macam mempergunakan awak untuk kepentingan saya. saya tidak tahu sebenarnya bagaimana untuk menyelesaikan masalah saya. Shariza.... saya baru je berjumpa dengan dia, tidak lama selepas kita bernikah. dia muncul selepas menghilangkan diri bertahun-tahun lamanya. saya mencarinya. jenuh... di sana-sini. tetapi tidak jumpa. ramai yang mengatakannya sekadar 'hantu internet'. tapi saya yakin dia benar-benar wujud. kali terakhir saya mendengar khabarnya, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. kemudian dia menghilang. saya gagal menghubunginya. maafkan saya. maafkan saya Anisa." Arham bersungguh-sungguh menjelaskan keadaan dirinya. aku yang tadi menangis teresak-esak, semakin perlahan tangisanku. tumpuanku kini ialah mendengar penerangan dari Arham.

"saya tahu awak marahkan saya. tapi saya buntu. saya dulu pernah berjanji dengan Shariza, saya akan menikahinya walau dengan apa cara sekalipun. tapi dia hilang. dan awak tahu apa yang jadi sebenarnya pada Shariza? dia memang ditimpa kemalangan jalan raya. dia menjadi lumpuh dan tidak boleh hamil lagi. kerana itu dia melarikan diri daripada saya. dia tahu saya mahukan zuriat saya sendiri. sebab itu dia pergi. tapi saya sebenarnya tak kisah pun. saya cuma mahu bersamanya. saya cintakan dia." Arham terus menjelaskan kepadaku.

"awak..." aku cuba memberhentikan percakapan Arham.

"ye saya." balasnya.

"bukan itu yang saya tangiskan." aku cuba menerangkan keadaan sebenar pada Arham.

"habis tu?" soal Arham kembali.

"3 tahun lepas. awak bukan yang pertama. saya kotor. maaf." balasku. aku tak mampu meneruskan lagi ayat itu.

"maksud awak?" Arham berkali-kali menyoalku.

dan aku rasakan malam itu seolah-olah mimpi ngeriku berputar kembali...........

************************************

"Maafkan saya, puan. kemurungan yang dialami oleh Arham sangat sukar untuk pulih dalam masa terdekat ini. tambahan pula Anisa sudah mengalami simptom skizofernia." balas Dr Badrul.

"Saya tak sanggup melihat keadaan mereka berdua. saya tahu sayalah puncanya." Shariza semakin tidak mampu menahan air matanya.

"Puan, janganlah menyalahkan diri puan. segala yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t. Puan perlu kuat menghadapinya. Insya Allah, sekurang-kurangnya mereka bahagia dalam dunia ciptaan mereka sendiri." balas Dr Badrul lagi.

"mengapakah cinta mereka sukar untuk bertaut kembali? saya telah mendapat cinta saya. tetapi apa dosa mereka sehinggakan mereka begini? mereka berdua manusia yang sangat baik." Shariza terus mengungkapkan luahan hati mereka.

"berusaha dan berdoalah. moga kita semua mendapat keredhaan Allah s.w.t." balas Dr Badrul.

kedua-duanya memandang ke arah Arham dan Anisa. Anisa mengalami kemurungan yang melampau sejak diceraikan talak tiga oleh Arham yang terlalu emosi dengannya lantaran mendengar pengakuan daripada Anisa. Arham menyesal dengan tindakannya. dia cuba untuk hidup bersama dengan Anisa dengan mengupah cina buta. Anisa menjadi semakin keliru dan takut. akhirnya kemurungan yang dialaminya menjadi lebih serius lalu menyebabkannya mengalami delusi.

Anisa mencipta dunia bahagianya sendiri. Dr Badrul mengesahkan Anisa telah mengalami skizofernia. Arham bertambah menyesal. rasa sesal dan kesal di dalam hatinya menebal. Dia terus berhenti daripada menguruskan syarikat milik keluarganya, dan hanya menguncikan diri di dalam bilik. Shariza tidak dilayannya langsung. yang terbit di bibirnya cuma nama Anisa. dan di situlah bermula kisah cinta yang tiada pengkahirnya. dua jiwa yang menjadi mangsa nafsu yang kalah dengan akal dalam menguasai cinta.

"awak janganlah tinggalkan saya lagi." suara Anisa sayu kedengaran.

"abang sentiasa bersama dengan Anisa. jangan risau ye sayang?" Arham membalasnya.

Serentak dengan itu, air mata Shariza mengalir deras~

0 comments: