CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 9, 2012

isu mahasiswa, demo vs amalina

dah lama kiranya aku tak merapu isu2 berat dalam blog ni. asyik2 jiwang, diari harian, tak pun karya aku. tapi kali ni aku rasa aku perlu nak memberikan pendapat aku yang tak seberapa harganya pun kat dalam blog aku yang takde sangat nak dipakai oleh sesaper pun. hehe.. ni disebabkan lalok kafein merajai kepala aku. (minum kopi dah berapa cawan sbb nak stadi last minute malam ni. esok exam. wakakakaa).

okeh.. berhenti merepek jap.

sekarang aku nak ulas isu mahasiswa.

1. demo di UPSI

aku tak de la cakap aku sokong demo kat UPSI tu. sbb aku pun tak ikuti sangat perkembangan politik mahasiswa. jadi aku pun kurang arif... apa sebabnya dia orang buat demo. cuma ada terbaca dan terdengar isu AUKU, kebebasan akademik, kes adam adli. yang lain2 aku tak pastilah.

aku tahu setiap orang berhak nak hala ke mana pemikiran mereka. manusia dikurniakan oleh Allah s.w.t dengan persepsi, pemikiran dan pengetahuan yang berbeza sudutnya. maka perbezaan inilah yang lengkap-melengkapi antara satu sama lain.

cuma persoalannya di sini, ialah tarikh tersebut.. apakah relevan untuk mahasiswa berdemo? rata2 mahasiswa sedang berada di dalam minggu belajar untuk menghadapi peperiksaan semester. jadi mengapa boleh mereka berdemonstrasi dalam minggu yang patutnya mereka gunakan untuk menghabiskan sisa2 nota sebelum peperiksaan?

bila ada yang dikenakan tindakan tatatertib, luka, cedera... dah jadi payah la pulak nak ambik peperiksaan nanti. kemudian mereka melaporkan mereka dikasari, ditahan dalam lokap, dibelasah. aku bukannya nak persoalkan tindakan polis itu relevan ker tak. sbb aku pun tak tahu sejauh mana bidangkuasa polis dan sejauh mana polis dibenarkan bertindak untuk mengawal keadaan.

cuma..

aku teringat pesan abah...

"abah dah pesan, jangan buat. kalo buat jugak.. jangan menangis."

hehe~

maksudnya, setiap perkara ada risikonya. boleh berdemo, tapi mereka perlu memikirkan keadaan paling teruk dan risiko yang paling besar yang boleh berlaku. jika perkara tersebut berlaku, mereka tak boleh nak merungut dan mengadu dikasari dan sebagainya.. kerana itu risiko bermain dgn api, pasti akan terkena panas, bahang dan mungkin terbakar. betul kan?

tapi yela... kadang2 manusia perlu terbakar untuk dia tahu, api itu panas dan berbahaya. jika tidak, dia akan sentiasa bermain dengan mancis untuk menyalakan api. dan ada jugak yang terus mengizinkan diri mereka terbakar, sehingga diri mereka kebal (immune) dengan kepanasan tersebut. dan itu semua adalah pilihan masing2 tentang hidup.

esok (9/1/2012) ada demo pembebasan anwar.

aku doa yang baik2 saja.

2. nur amalina

amalina, pelajar cemerlang 17A1 yang dapat sambung pelajaran di bidang perubatan, di UK. ramai yang bising sbb dia dah tak pakai tudung dan nampak gambar-gambarnya bersosial. ada yang tuduh dia kena tendang belajar la apa la... macam2 spekulasi.

aku nak komen banyak pun payah gak bab amalina ni. sbb pertamanya, aku sendiri pernah terkucil teruk dalam idup aku. mmg aku masih pakai tudung.. tapi terkucil aku ni sangat kritikal sebenarnya. pape pun aku bersyukur, sbb Dia masih sayang aku. Dia sedarkan aku supaya aku kembali ke pangkal jalan. bertahun2 gak la mengom. tekanan dengan kehidupan sampai aku terkucil sebegitu rupa.

bila belajar teori2 psikologi dan kaunseling (sudah tentu dari barat), ia menegaskan tentang perkembangan manusia, di mana manusia pasti akan ada turun naiknya. jika dulu amalina bertudung, sekarang dah bukak tudung dan bergaya sakan... itu adalah zaman di mana dia sudah mula eksplorasi dan beridentiti dirinya yang sebenar. kalau dulu lebih kepada didikan keluarga dan masyarakat, sekarang dia dah mula membuat pilihan untuk dirinya. dengan berani dia membuat perubahan dan orang yang takleh terima (masyarakat) tentulah akan mengecamnya macam2.

aku doakan dia baik2 saja. kalo nampak dia berubah jadi sosial semua tu, aku doakan dia boleh kembali ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. kadang2 manusia perlu memasuki zaman kejatuhan supaya dia boleh naik semula. takde manusia sempurna dan baik sepanjang masa, kan? sama-samalah doakan yang terbaik.

kesimpulan

peringkat awal dewasa adalah peringkat perkembangan manusia sudah mula mencipta identitinya sendiri dan mula mewujudkan satu dunia baru berdasarkan identiti yang telah dibentuk di zaman remaja. jika kes demo di UPSI, mahasiswa beridentitikan perjuangan politik telah meletakkan hala tuju mereka sehingga sanggup menghadapi peristiwa berdarah. dan amalina yang mulai mengenal apa identiti dirinya, dengan berani mendedahkan penemuan baru tersebut dan ia telah menemukan perasaan kurang senang di hati masyarakat manusia yang menyanjunginya.

manusia tak sempurna. yang sempurna cuma Dia. doakan yang baik2 saja~

amin ya rabb~

2 comments:

Reza said...

bile cedera, serbu klinik...ingatkan kuat sangat. Sepatutnya yang cedera patut di 'airlift' dengan helicopter yang di charter khas pemimpin yang mereka sayang.Hantar ke Pusat Perubatan swasta. Kalau ke gov hosp, depa ni nanti tuntut katil hosp pulak pasal suka baring beramai ramai.Menyusahkan orang ramai nak dapat rawatan. Setakat jerit, baring dan histeria, students perempuan sekolah form 2 pun boleh buat.
Sedarlah, majoriti yang berdemo ni hidup pun atas tajuk ptptn. Bawa moto je. Akalu ada yg berkereta pun, parents punya.Isi minyak pun ron95 je, itupun kalau ada bonuslink nak redem 4k point pun merangkak...fahamfaham la. Kalau nak 'jihad' politik pun jadilah pembela ekonom dulu seperti Tony Fernandez yang meliberalkan cara rakyat malaysia travel. Now everybody can fly.Dia x gaduh pun dengan mantan Pm Mahathir. Dulu dia x boleh balik tengok mak dia meninggal pasal tambang mahal. Balik Malaysia dia establish comp yang boleh tolong orang dgn tambang murah. Team dia dengan Pahamin Rajab selesai isu laluan udara dengan rundingan. Itu perangai mereka yang dah invest millions! Siap mortgage rumah lagi tu...Tak ada pekerja MAS kena ugut. Gambar menteri pengangkutan pun x kena vandalize. Baring atas landasan jauh sekali. Learn the mechanics of negotiation, barulah kena dengan status. Negara luar pun memang suka perangai x senonoh ni pasal menunjukkan kelemahan yang boleh dimanipulasi di masa depan. Aku pun selalu travel ikut jalan off toll dari Tg Malim ke IPoh. Dari tingkap kereta di waktu malam, kawasan di situ meriah dengan candle light themed restaurants...settlekan dulu isu couple dikalangan anda, barulah layak nak berpolitik. Substance is more valuable than form.

norlina alfan a.k.a salju putih said...

darah muda.. panas. cepat mendidih. ada orang siram minyak mmg la terbakar. tenaga pulak banyak. sbb tu jadi camtu.

bila dah makin matang, makin dewasa.. baru mereka nampak semua ni. tapi tu la.. yang paling sedih bila orang yang dah dewasa, matang pun buat perangai yang macam ni.

entahlah.. doakan semua baik2 saja.