CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 1, 2012

selamat tinggal 2011, selamat datang 2012



pejam celik pejam celik, dah 2012. aku macam ni jugak la. mengom2. sekarang tengah minggu final exam. tapi aku masih tak siap esemen. anxiety (kerisauan) meningkat. kalo diikutkan nak aje aku balik kampung. maleh nak menghadapi semua ni. aku jenis takleh stress. nanti biol. aritu pun tiba2 je sesak nafas... terbaring atas tilam. mata terbeliak... tengok kipas siling. badan mula berpeluh. dan tetiba je...

"kak salju ni kenapa?"

teguran enni membuatkan aku tersentak. aku gelak2 dan cuba bangun. tak mahu mengizinkan diri hanyut dalam dunia lemah yang aku cipta sendiri.

"takde pe. rasa penat je tadi."

lepas tu aku mula membuka laptop. ulu hati rasa sakit sangat. assignment masih tak siap. nota langsung tak bersentuh. badan sudah mula seram sejuk. tak pernah2 aku wat perangai camni kat UM. kalo kat kolej dar al-hikmah dulu boleh la, stadi last minute dan esemen last minute. ni UM ma. giler apa wat pangai camni? tapi aku mmg dah tak mampu sangat2. mmg dah tak larat.

petang semalam tetiba je enni cakap nak makan kek kat secret recipe.

"makan kek je tau?"

alih2.. hambik ko. bukan setakat kek, siap beger, eskrem, air pun entah pape punyer air. entah berapa ringgit fulus terbang. masa tu dah ok skit. mungkin aku perlukan angin luar. dah berapa hari duduk dalam bilik buat assignment yang tak abis2. membaca jurnal kajian sampai nak termuntah tetapi takde kekuatan nak taip apa2 lagi.

rasa macam mimpi je, dah masuk tahun 2012. tahun 2011 merupakan tahun sukar bagi aku. idup dalam neraka rasanya. sengsara. derita. aku nangeh sensorang.. hanya Allah s.w.t je yang tahu. mak abah pun tak tahu sbb aku tak citer sangat dgn dia orang. bagi aku, itu jalan aku, pilihan aku. dan biarlah aku menanggung deritanya. namun semua itu membuahkan pengalaman yang sangat berharga bagi aku. Allah s.w.t uji aku... aku ditinggalkan, dikhianati, ditikam... duduk sorang2 tak berteman. kiri dan kanan adalah manusia2 yang tak boleh dipercayai. sakit sendiri.. nanges sendiri. tapi aku bersyukur kerana Allah s.w.t masih memberikan kekuatan padaku. dalam mengom2 camtu.. alhamdulillah, pointer aku masih maintain walaupun tak mencapai target.

sem ni? macam mana pulak?

emosi aku mmg ok.. tetapi aku tak reti nak uruskan kehidupan baru aku. jika sebelum ini dalam zon selesa duduk di kolej dan tak join apa2 aktiviti sangat, sem ni aku aktif PERKUM (walaupun takdelah aktif mana) dan sem ni jugak jam kredit sangat banyak, 20. duduk kat rumah sewa. dan agak kelam kelibut jugak sbb aku juga mengalami transisi hidup. jikalau dulu takde hati yang nak dijaga, tetapi sekarang ni ada hati yang perlu dijaga.. bukan saja jaga.. tetapi macam2 lagi kena wat. hehe.. kalo tak dia majok. wek. :P

aku tak sangka aku boleh juga survive dalam kehidupan tahun lepas. kalo pikir2 balik.... jika diri aku yang lalu, tentu dah macam2 benda bangang aku buat. tapi syukur alhamdulillah, aku masih diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. meskipun aku banyak mengingkari dan mengkhianati Dia, tetapi Dia tak pernah penat memberikan rahman dan rahimNya pada aku.

selamat tinggal sejarah..

selamat tinggal kenangan..

selamat datang... kehidupan hari ini...

1 januari 2012.

(^_^)V

0 comments: